Jumaat, 20 Mac 2020

Frasa Adjektif (FA)

Objektif Topik

Pada akhir pembacaan, kita akan:

ü  mengenal pasti FA melalui definisi dan cirinya
ü  mengetahui fungsi utama FA
ü  memahami kesalahan lazim penggunaan FA

Definisi

Perkataan yang menggambari sifat, sikap, keadaan, suasana dan warna bagi manusia, haiwan, tempat, benda dan unsur abstrak. Ia mungkin mengandungi sepatah atau beberapa patah perkataan dengan kata adjektif (KA) sebagai unsur wajibnya.

Contoh: Pandai, berani, gembira, berfaedah, menghargai, tersohor

Ciri

Boleh didahului/diikuti oleh kata/imbuhan penguat

Kata penguat: sangat, amat, sungguh, paling, nian (bahasa sastera)
Imbuhan penguat: ter+, +nya dan se+

Contoh: paling pandai, sungguh berani, indah nian, amat menghargai
              tercantik, gembiranya, sepandai-pandai

Fungsi

·    Predikat ayat

a)   Ahmad sangat pandai.
b)   Dia sungguh berani.
c)   Pak Ali amat menghargai sumbangan mereka.
d)   Namanya sangat tersohor di Johor.

·     Keterangan

a)   Rumah besar itu sudah dilelong.
b)   Kereta itu bergerak dengan sangat laju.
c)  Ahmad ialah pelajar yang paling pandai di kelasnya.

Kesalahan Lazim

·     Menggunakan dua penguat
a)   *Paling pandai sekali
b)   *Tercantik sekali
c)   *Terutamanya
d)   *Terutama sekali

Yang betul
a)   Paling pandai / pandai sekali
b)   Tercantik / cantik sekali
c)   Terutama

·      Menggunakan penguat hadapan sebagai penguat belakang
a)   *Pandai sangat
b)   *Cantik amat

Yang betul
a)   Sangat pandai
b)   Amat cantik

Menggunakan imbuhan +kan pada kata adjektif (menunjukkan perasaan)
a)   *Saya sayangkan ibu bapa saya.
b)   *Kami cintakan negara ini.
c)   *Rakyat Malaysia bencikan amalan rasuah.

Yang betul

a)   Saya sayang akan ibu bapa saya.
b)   Kami cinta akan negara ini.
c)   Rakyat Malaysia benci akan amalan rasuah.

Nota: Yang bertanda * menunjukkan bentuk yang tidak gramatis (dianggap salah).

Tiada ulasan: