PUSAT
PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN
SEMESTER
II, SIDANG AKADEMIK 2019/2020
KERJA
KURSUS : ESEI (30%)
KARANGAN
BENTUK LAPORAN
1) Isu
alam sekitar ialah isu sejagat. Manusia akan terus bergantung pada alam sekitar
untuk kelangsungan hidupnya. Akan tetapi, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh
manusia sering mengganggu dan merosakkan keseimbangan alam sekitar.
Tulis
laporan tentang kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar dan
langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memelihara dan melestarikan alam
sekitar.
2) Revolusi Industri Keempat (RI4) sedang
mengubahkan cara kita menjalani kehidupan, cara kita bekerja dan cara kita
bergaul dan berkomunikasi antara satu sama lain. Hampir setiap aspek kehidupan
manusia seperti pengurusan dan pentadbiran, pendidikan, penjagaan kesihatan dan
perdagangan menerima perubahan dan penyesuaian sebagai kesan langsung revolusi
ini. Sudah bersediakah kita untuk penyesuaian dan perubahan dalam arus RI4 ini?
Tulis
laporan tentang impak positif dan impak negatif RI4 terhadap kehidupan manusia
secara amnya.
3) Fenomena aliran keluar tenaga mahir
dari negara asal untuk bekerja di negara lain kini menjadi fenomena
global. Kecenderungan ini mengakibatkan
negara asal kehilangan tenaga profesional seperti jurutera, doktor, pakar
teknologi maklumat, arkitek, ahli astronomi dan ahli akademik. Kajian
menunjukkan bahawa peratusan kehilangan modal insan di Asia Tenggara sebanyak
57.1% pada tahun 2018. Keadaan ini sangat merugikan negara jika diambil kira
kos pembangunan modal insan yang telah dilaburkan oleh negara. Negara kita,
Malaysia, juga tidak terlepas daripada fenomena ini.
Tulis
laporan tentang punca berlakunya aliran keluar tenaga mahir untuk bekerja di
negara lain dan usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan tenaga mahir
bekerja di negara sendiri.
4) Pandemik Covid-19 belum berakhir dan
para pakar meramalkan pelbagai kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan
negara daripada wabak itu.
Tulis
laporan tentang kesan ekonomi dan kesan sosial yang dijangkakan akan berlaku
sebagai akibat wabak Covid -19.
5) Perkhidmatan bas komuter di dalam
kampus utama Universiti Sains Malaysia(USM)
ialah perkhidmatan asas untuk pengguna atau para warga universiti
terutama pelajar.Kemudahan ini bertujuan memudahkan pelajar bergerak dengan selesa dari satu lokasi ke
satu lokasi lain. Lokasi tersebut ialah lokasi pusat pengajian, dewan kuliah,
pusat perkhidmatan universiti seperti bangunan Hal Ehwal Pelajar,
Bendahari serta lokasi perkhidmatan awam
lain seperti bank dan pejabat. Semua
bas beroperasi dari hari Isnin hingga hari Sabtu,kecuali cuti umum. Walau
bagaimanapun, pelajar masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang
disediakan.
Tulis sebuah
karangan laporan tentang punca-punca ketidakpuasan terhadap perkhidmatan bas
komuter di dalam kampus utama USM dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
ketidakpuasan yang timbul dalam kalangan pengguna perkhidmatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan