1.1 Pengenalan
Antara kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Malaysia
adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar untuk mengeja nama am dan nama
khas, pengejaan kata nama majmuk, kata ganda, kata ambilan dan morfem prakata.
1.2 Huruf Kecil dan Huruf Besar
Pada umumnya, kata nama dibahagikan kepada dua kategori iaitu nama am dan
nama khas. Pentingnya pembahagian ini adalah untuk penulisan, khususnya ejaan.
Nama am dieja dengan huruf kecil sementara nama khas dieja dengan huruf besar
(huruf pertama). Rumus ini kelihatan mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan
pengetahuan yang agak mendalam juga. “Bumi“, misalnya, boleh jadi nama am (“b“
ditulis sebagai huruf kecil) dan boleh jadi juga nama khas (“b“ ditulis sebagai
huruf besar).
Sebagai salah sebuah planet yang mengelilingi matahari, “bumi“ ialah nama
khas. Oleh itu, ia perlu dieja dengan huruf besar seperti dalam ayat (1) yang
berikut:
(1) Salah sebuah
planet dalam sistem suria ialah Bumi.
Bagaimanapun
perkataan “bumi” tidak semestinya merujuk nama salah sebuah planet dalam sistem
suria. Perkataan itu juga digunakan untuk maksud “tanah”. Oleh itu, dalam peribahasa (2) yang berikut, perkataan “bumi”
ialah nama am dan hendaklah dieja dengan huruf kecil.
(2) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Istilah saintifik ialah nama am. Oleh itu, ia hendaklah dieja dengan huruf
kecil. Bagaimanapun, bagi istilah saintifik yang mengandungi nama khas,
misalnya nama negara, nama khas tersebut hendaklah dieja dengan huruf besar.
Misalnya, istilah saintifik bagi pokok getah mengandungi nama negara “Brazil“.
Oleh itu, perkataan “Brasilia“ dalam istilah tersebut hendaklah dieja dengan
huruf besar.
Tajuk karya seperti novel, cerpen, filem, lagu, rencana, laporan dan kertas
kerja ialah nama khas. Oleh itu, ia perlu dieja dengan huruf besar. Caranya
ialah huruf pertama semua perkataan (kecuali kata sendi nama) ditulis dengan
huruf besar.
(3) a. Ranjau Sepanjang Jalan (tajuk novel)
b. Panglima Bujang Lapuk (tajuk
filem)
c. Lagu Tiga Kupang (tajuk lagu)
d. Laporan Kemalangan Jalan Raya
di Malaysia bagi Tahun 2000 (tajuk laporan)
1.3 Warganegara Bukan Warga Negara
Kata nama majmuk ialah gabungan yang mengandungi lebih daripada satu patah
perkataan. Pada dasarnya, kata nama majmuk dieja secara berasingan (tidak
bersambung atau dipisahkan oleh tanda sempang(-)).
(4) a. Ibu bapa
b. Rumah tangga
c. Alat tulis
d. Kereta api
e. Saudara mara
Bagaimanapun,
terdapat kekecualian bagi rumus ini. Dengan kata lain, terdapat sebilangan
kecil kata nama majmuk yang dieja secara bersambung (sebagai satu perkataan).
Kumpulan kata nama majmuk itu dieja sedemikian kerana bentuk ejaan itu dianggap
telah mantap. Untuk mengelakkan kesalahan, pengguna perlu menghafal senarai 14
kata nama majmuk yang dieja secara bersambung. Senarainya adalah seperti (5)
yang berikut:
(5) a. Antarabangsa
b. Bumiputera
c. Jawatankuasa
d. Kakitangan
e.
Kerjasama
f.
Matahari
g. Olahraga
h. Pesuruhjaya
i. Setiausaha
j. Sukarela
k. Suruhanjaya
l. Tandatangan
m. Tanggungjawab
n.
Warganegara
1.4 Gunung-ganang Bukan Gunung Ganang
Kata ganda ialah perkataan yang disebut/ditulis secara pengulangan.
Terdapat tiga jenis kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan
kata ganda berirama. Kata ganda penuh ialah perkataan yang diulang sepenuhnya.
Kata ganda separa ialah perkataan yang diulang sebahagiannya sahaja. Kata ganda
berirama pula ialah perkataan yang diulang untuk menerbitkan irama. Cara
menulis kata ganda penuh dan kata ganda berirama adalah dengan menggunakan
tanda sempang antara dua perkataan yang diulang. Senarai (6a-e) ialah contoh kata
ganda penuh manakala senarai (7a-e) ialah kata ganda berirama.
(6) a. Kanak-kanak
b. Kura-kura
c. Rama-rama
d. Labi-labi
e. Labah-labah
(7) a. Gunung-ganang
b. Kuih-muih
c. Warna-warni
d. Mandi-manda
e. Bukit-bukau
Kata ganda separa (8a-e) dieja sebagai satu perkataan.
(8) a. Rerama
b. Jejari
c. Tetupai
d.
Tetikus
e. Lelangit
1.5 Pro Kena Dekat, Anti Jangan Jauh
Terdapat sebilangan morfem yang digabungkan dengan perkataan dan mengisi
posisi di hadapan perkataan berkenaan. Sebagai morfem, ia mengandungi maksud
tertentu yang digabungkan dengan perkataan tersebut. Oleh sebab posisinya di
hadapan perkataan, ia dinamai morfem prakata. Contoh morfem jenis ini ialah pra, pasca, pro, anti, tata, juru, eka dan dwi. Cara mengeja perkataan yang digabungkan dengan morfem ini
adalah dengan menulisnya sebagai satu perkataan (tanpa senggang atau tanda
sempang).
(9) a. Antioksidan
b. Prokerajaan
c. Prasejarah
d. Pascamerdeka
e. Jurutera
f. Ekabahasa
g. Tatasusila
1.6 Stor bukan Setor, Setem bukan Stem
BM banyak sekali
mengambil perkataan daripada bahasa asing khususnya bahasa Arab dan bahasa
Inggeris. Cara mengeja kata ambilan ini juga boleh menimbulkan kekeliruan.
Panduan untuk mengeja kata ambilan ini, khususnya perkataan BI, adalah dengan
mengekalkan bentuk tampaknya dengan beberapa pindaan yang dibenarkan. Antaranya
adalah huruf y digantikan dengan i, c digantikan dengan s, s digantikan dengan
z, ch digantikan dengan k, ph digantikan dengan f,
Sosiologi
(sociology)
Psikologi
(psychology)
Fizik (physic)
2 ulasan:
Laman web ini sangat membantu!!! Saya harap laman web seperti ini dapat dikeluarkan lagi pada masa akan datang...
👍
Catat Ulasan