Rabu, 18 Mac 2020

Jawapan Latihan Membetulkan Ayat 11-20 (Modul LKM400 ms. 48-49)

11. Daripada huraian beliau yang terperinci, kita boleh merumuskan / boleh dirumuskan bebarapa konsep penting yang telah dikemukakan oleh beliau untuk menganalisis dua aspek utama masyarakat, iaitu perjalanan dan perubahannya.

12. Apabila kita berkata tentang akhlak, ia perlu berdasarkan agama. Hal ini tidak bermakna kita mengajak perbincangan kea rah subjek agama yang sempit.

13. Di samping disedarkan bahawa ilmu yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa, dan ilmu yang menyuluh kehidupan manusia, para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu juga disedarkan bahawa menuntut imlu ialah ibadat jika ada niat / tujuan yang benar.

14. Pengkorporatan institusi pengajian tinggi (IPT) sudah tentu menambahkan pendapatan negara dan mengurangkan pengaliran wang ke negara asing.

atau

       Dengan pengkorporatan institusi pengajian tinggi, sudah tentu  pendapatan negara bertambah dan pengaliran wang ke negara asing berkurang.

15. Selain memanfaatkan idea dan seni penulisan kepada masyarakat dan tamadun bangsa, janganlah kita memandang remeh soal menghasilkan karya asli dan terjemahan daripada pelbagai karya agung dalam bahasa utama di dunia.

16. Antara yang telah diperkatakan olehnya adalah cara-cara untuk menjadi usahawan yang berjaya.

17. Masalah ini boleh memberikan kesan kepada negara dalam menuju Wawasan 2020. Oleh sebab itu, pelbagai langkah drastik perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

18. Hal yang dirisaukan oleh kebanyakan guru (adalah ramai pelajar) / (ialah para pelajar) kini tertarik akan hiburan. Misalnya, mereka lebih taksub akan penyanyi pujaan.

19. Hal ini berasaskan prinsip (bahawa) setiap kontrak/akad perlu ditetapkan jangka masanya kerana mana-mana kontrak yang tidak ditentukan tempohnya boleh menyebabkan gharar yang bermaksud tidak jelas.

20. Perubahan sikap dan persepsi manusia ialah salah satu faktornya selain peningkatan produktiviti yang disebabkan oleh sumbangan sains dan teknologi.

Tiada ulasan: