Rabu, 25 Mac 2020

Jawapan latihan membetulkan ayat (21-30)


21. Ayam yang semula jadinya imun/lali terhadap antraks, dapat dijangkiti oleh penyakit ini jika suhu tubuhnya diturunkan.

22. Situasi yang kita lihat ialah mahasiswa kini diakui lesu kerana mereka kurang terlibat dalam aktiviti sosial. Sebaliknya, mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

23. Baginya, setiap wanita perlu berdikari terutama dalam hal kewangan kerana ia sesuai dengan keadaan kini yang banyak bergantung pada wang. Ia juga mempunyai kebaikan kepada wanita berkenaan terutama apabila berhadapan dengan saat-saat yang tidak diduga.

24. Pelaksanaan sistem takaful mengikut undang-undang syariah yang membabitkan kerjasama dan semangat tolong-menolong dalam kalangan ahli apabila berlaku sesuatu musibah.

25. Projek yang dilaksanakan mestilah memenuhi objektif syarikat dari segi pulangan yang memuaskan dan imej yang tinggi, serta dapat memperkukuh kewangan dan mengekalkan reputasi syarikat yang tinggi dalam kalangan orang ramai dan kerajaan.

26. Keuntungan yang diterima oleh pihak pemaju perumahan adalah lebih besar daripada denda yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

27. Daripada beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini, didapati faktor utama kemalangan maut berlaku ialah sikap pemandu sendiri selain masalah teknikal seperti keadaan kenderaan dan mutu jalan raya.

28. Adalah jelas ditunjukkan daripada kajian itu bahawa skim latihan tersebut dapat melatih para penganggur, terutama siswazah, mendalami pelbagai pengetahuan dan kemahiran khususnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), dan bahasa Inggeris.

29. Kami ingin memaklumkan bahawa akaun anda seperti yang tercatat di atas telah tidak aktif dan tiada sebarang transaksi dilakukan selama satu tahun.

30. Yang perlu kita utamakan ialah cara perkataan atau rangkai kata berfungsi pada hari ini. Kemudian, kita memberikan keterangan menurut tertib.

Tiada ulasan: